fbpx

Makruh letak nama anak tiada makna – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Setiap pasangan yang memiliki anak, pastinya akan memilih nama yang indah dan sedap didengar.

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata, ramai ibu bapa kadangkala terlepas pandang soal hukum menamakan anak dengan nama yang tiada maksud disebabkan terlalu mengejar panggilan moden.

“Makruh hukumnya letak nama anak yang tiada makna, haram dengan makna yang tidak baik,” jelasnya ketika disoal apakah hukum menamakan anak dengan nama yang tiada makna.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar juga memberitahu bahawa tidak wajib untuk orang bukan Islam menukar nama mereka selepas memeluk agama Islam.

“Ingat, kalau orang kafir masuk Islam, dia tidak wajib tukar nama asalnya, tetapi yang wajib tukar apabila nama kafirnya membawa maksud tidak baik. Contohnya maknanya, berhala, makna syirik dan sebagainya.

“Kalau la ada orang kafir ini nama dia John White dan dia masuk Islam, tak perlu tukar sebab nama John ni adalah nama lama macam kalau orang Melayu dia jadi Awang. Kalau John White jadinya Awang Putih.

“Tetapi kalau dia John Drug, Awang Mabuk, wajib tukar kepada nama lebih baik,” katanya.

Tambah Ustaz Azhar, sebaiknya pilih nama-nama mempunyai makna yang baik dan indah dalam Islam agar ia boleh membentuk peribadi seseorang itu ke arah kebaikan.

Kongsi Ustaz Azhar lagi, dia mencerita kisah seorang kanak-kanak yang mengalami masalah kulit dan kejadian tersebut berlaku di Hospital Kuala Terengganu sekitar tahun 1993.

“Anak seorang budak ini kulit dia menggelupas macam ular nak salin kulit, merah habis menangis budak. Tak baik-baik duduk di hospital, tak tahu apa punca penyakit.

“Nak jadikan cerita, datang seorang orang tua berkain pelikat, berkopiah. Dia minta bapa budak itu tadi tukar nama anak, terus bapanya tukar nama dan kemudian terus licin kulit anaknya. Itulah penting letak nama anak yang baik-baik,” ujarnya.

Katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda juga pernah menukar beberapa kali nama kepada anak-anak sahabat.

“Nabi dalam sejarah ada empat atau lima kali dalam hadis sahih tukar nama anak-anak sahabat. Tukar nama yang tidak baik kepada yang lebih sesuai.

“Jadi sebelum letak nama anak, kita tanya orang pandai-pandai, nama ini sesuai tidak, kalau sesuai letak dan jangan ikut suka hati. Sebab zaman sekarang ramai suka gabung nama anak yang pelik-pelik,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI