fbpx

Majikan perlu verifikasi pekerja asing sebelum 31 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika menyantuni majikan dan warga asing yang hadir pada program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Semua majikan yang mendaftar Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 diminta melakukan proses verifikasi pekerja asing mereka sebelum 31 Mac depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, statistik menunjukkan seramai 1.1 juta warga asing sudah didaftarkan dalam program itu yang tamat pada hujung tahun lalu.

Kata beliau, tumpuan kini meliputi proses verifikasi bagi memastikan dokumen dan identiti pekerja itu bertepatan dengan pendaftaran majikan.

“Ini antaranya melibatkan pengecaman cap jari atau biometrik sebelum bayaran levi dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

“Justeru, saya meminta semua majikan melakukan proses verifikasi itu yang akan berakhir pada hujung Mac depan,” katanya pada sidang akhbar program itu di Jabatan Imigresen Selangor Kompleks PKNS di sini, hari ini.

Pengambilan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pembantu rumah menjadi sektor baharu dibenarkan dalam RTK 2.0 yang dibuka semula 27 Januari tahun lalu.

Sektor lain antaranya perkilangan, pembinaan, perlombongan, kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian dan perladangan.

Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan, tindakan tegas akan diambil ke atas majikan yang gagal membuat verifikasi tersebut termasuk mengikut Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI