fbpx

MAINJ sumbang RM300,000 bantu mangsa banjir Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (kanan) menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Kampung Maju Jaya, Jalan Kempas Lama, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan sumbangan sebanyak RM300,000 bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, daripada jumlah tersebut, RM100,000 disumbangkan terus kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

“Baki RM200,000 lagi disumbangkan kepada 10 buah Pejabat Daerah di Johor, dengan setiap daerah menerima RM20,000.

“Semoga Allah melindungi Negeri Johor daripada sebarang musibah dan bencana. Amin,” katanya selepas melawat beberapa buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di sini.

Setakat pukul 9 pagi hari ini, Johor merekodkan seramai 7,324 mangsa yang ditempatkan di 49 buah PPS seluruh negeri.

Enam daripada 10 daerah di negeri ini terjejas ketika ini iaitu Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru, Kulai, Segamat dan Pontian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI