fbpx

LHDN, JKDM lepasi sasaran kutipan cukai – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kutipan hasil negara oleh dua agensi utama, Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membanggakan apabila melepasi sasaran ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, JKDM sendiri akhirnya memenuhi unjuran kutipan hasil ditetapkan iaitu melepasi RM55 bilion tahun lalu berbanding RM53 bilion tahun sebelumnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, LHDN pula merekodkan kutipan hasil RM183 bilion melepasi RM176 bilion yang disasarkan.

“Terima kasih kepada kastam (JKDM) kerana akhirnya capai unjuran yang tidak selalu kita capai. Kalau kastam (JKDM) memang lebih daripada yang diunjurkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI