fbpx

Lelaki cabul remaja 13 tahun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Tindakan terkutuk seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak lelaki di rumah sewanya membawa padah apabila ditahan sepasukan polis, kelmarin.

Penahanan lelaki 41 tahun itu dibuat selepas remaja lelaki berusia 13 tahun itu menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya sebelum laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10 pagi, di Jalan Laksamana, Baru Caves, di sini, Sabtu lalu.

Kata beliau, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak.

“Susulan itu, seorang lelaki yang tidak dikenali telah menyapa mangsa dan mengajak menaiki motosikal suspek.

“Suspek telah membawa mangsa ke rumah sewanya yang lebih kurang 700 meter dari rumah mangsa. Setibanya di rumah itu mangsa telah dicabul oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa berjaya melarikan diri selepas suspek memberikan wang tunai RM20 dan melakukan perkara terkutuk itu sebelum membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat, Noor Ariffin memaklumkan suspek telah ditangkap sekitar pukul 1.50 pagi, kelmarin.

“Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhreadap Kanak-kanak.

Tegas beliau, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampul membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-612622.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI