fbpx

Langkah Dubai: PDRM buka kertas siasatan, beberapa individu akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 43 laporan daripada wakil parti politik berhubung gerakan ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, pempengaruh media sosial juga akan diambil keterangan berhubung gerakan itu antaranya Badrul Hisham Shaharin (Che’Gu Bard), Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar.

Jelas beliau, tindakan itu berdasarkan tular rakaman video tiga hingga empat individu berkaitan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Kita turut mendapati video Raja Petra Raja Kamaruddin yang bercakap berkaitan perkara itu lebih 10 hari tentang kerajaan hendak jatuh, namun tiada apa-apa pergerakan ke arah itu dilihat.

“Kita faham jika ia datang daripada pemimpin parti politik atau ahli berpangkat tinggi, tetapi individu seperti Raja Petra tidak mempunyai kepentingan untuk bercakap mengenai perkara sebegitu.

“Dulu kita pernah melalui perubahan dalam kerajaan, di mana seorang pemimpin parti akan membawa senarai nama kepada Yang di-Pertuan Agong. Kali ini, hanya spekulasi tidak berasas lebih 10 hari sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata pihaknya kita perlu menyiasat perkara itu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Mengulas mengenai situasi dalam negara berhubung dakwaan itu, Razarudin memberi jaminan bahawa situasi negara tetap kekal aman.

“Rakyat bersemangat dengan keadaan kita yang aman dan keadaan terkawal. Bagi pihak polis, kita akan pastikan keselamatan dan keselamatan semua,” katanya.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop, dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul ketika percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI