fbpx

Isu sokong rumah pelacuran, Rosyam Noor minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSYAM Nor tampil meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas usulnya menyokong operasi rumah-rumah pelacuran untuk menangani jenayah seksual seperti rogol oleh pendatang asing di Malaysia.

PETALING JAYA – Selepas mencetuskan kekecohan susulan pandangan mengenai keperluan kewujudan pusat pelacuran di negara ini, aktor senior Datuk Rosyam Nor tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjuran katanya.

Pelakon yang juga usahawan terkenal itu tidak menyangka kenyataan yang dikongsikan dalam sebuah video podcast terbitan syarikatnya akan menjadi tular sehingga disalah anggap dan  mendapat pelbagai reaksi ramai.

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan.

“Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram (IG), hari ini.

Sehubungan itu, pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 56, menggesa orang ramai menonton video penuh yang dimuatnaik ke akaun TikTok Suhan Channel sebelum membuat sebarang tanggapan.

“Sebenarnya itu untuk program podcast saya dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel.

“Tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan. Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” ujarnya.

Semalam, Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyatakan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Katanya, ketiadaan pusat seumpama itu boleh membawa kepada risiko jenayah seperti kes rogol dan sebagainya.

Bagaimanapun, aktor yang juga penerbit prolifik itu bertegas, perkara yang disampaikan hanyalah pandangan peribadi selain meminta penonton untuk menilai sendiri.

Rentetan kenyataan sarat kontroversi itu, Rosyam ‘diserang’ netizen selain meraih respons agamawan termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI