fbpx

iPhone tidak pecah jatuh dari pesawat pada ketinggian 5,000 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan iPhone yang ditemui tersebut selepas jatuh dari ketinggian 5,000 meter. – X

WASHINGTON – Sebuah telefon pintar jenama iPhone milik penumpang pesawat Alaska Airlines yang jatuh dari ketinggian 5,000 meter ditemui dalam keadaan baik tanpa sebarang kesan retakan.

Peranti itu disedut keluar dari Penerbangan 1282 Alaska Airlines pada Jumaat minggu lalu selepas panel fiuslaj tercabut, yang meninggalkan kesan lubang pada bahagian dinding pesawat berkenaan.

Pesawat itu membuat pendaratan cemas sejurus insiden tersebut, manakala semua penumpang berada dalam keadaan selamat.

Dalam kejadian itu, beberapa item termasuk AirPods dan baju seorang kanak-kanak lelaki disedut keluar dari kabin.

Di tengah-tengah pencarian serpihan pesawat, seorang lelaki bernama Sean Bates dari Washington menemui sebuah iPhone di tepi jalan yang dipercayai milik salah seorang penumpang.

Berdasarkan gambar yang disiarkan di platform X, skrin iPhone tersebut dilihat berada dalam keadaan baik, manakala bateri peranti itu masih mempunyai kapasiti 44 peratus dan ia kekal dalam mod penerbangan.

Dalam satu hantaran lain di TikTok, Bates berkata, dia menemui telefon itu dalam keadaan agak bersih, tiada kesan calar dan berada di atas belukar.

Tambahnya, dia menghubungi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), yang kemudian memaklumkan bahawa ia adalah telefon kedua yang ditemui daripada penerbangan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI