fbpx

Budak 12 tahun terima jahitan, disyaki dicederakan ibu guna pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Berang anak tidak bantu membuat kerja rumah, seorang wanita mengamuk sehingga dipercayai mencederakan anak lelakinya menggunakan pisau di Kampung Changkat Gombak, di sini, Jumaat lalu.

Mangsa berusia 12 tahun cedera di tangan dan kaki melarikan diri sebelum diselamatkan jiran yang menghubungi polis, kira-kira pukul 11 malam.

Susulan itu, difahamkan sepasukan anggota unit peronda (MPV) polis telah tiba di lokasi untuk memeriksa keadaan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis kemudian bertindak menahan ibu mangsa kira-kira pukul 1 pagi, keesokan harinya.

“Soal siasat awal, wanita itu mengaku memarahi anaknya kerana tidak bantu membuat kerja rumah.

Dalam pertengkaran itu, pisau sayur yang dipegang terkena anak menyebabkan cedera di tangan dan kaki,” katanya kepada media.

Beliau berkata, mangsa telah menerima rawatan dan menerima antara empat hingga lima jahitan.

Katanya, ibu mangsa kemudian direman dua hari bermula 6 Januari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI