fbpx

Beckenbauer meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDIANG Franz Beckenbaur membantu Jerman memenangi Piala Dunia 1974. - AFP

MUNICH – Bekas kapten Jerman, Franz Beckenbauer yang pernah memenangi Piala Dunia ketika bergelar pemain dan pengurus meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Berita sedia itu disahkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa suami dan juga bapa, Franz Beckenbaur telah meninggal dunia dengan tenang ketika tidur, dikelilingi oleh ahli keluarganya,” menurut kenyataan itu.

Cukup dikenali dengan gelaran ‘Der Kaiser’, Beckenbauer sememangnya diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia.

Ketika bergelar pemain, Beckenbauer memenangi Piala Dunia pada edisi 1974 sebelum memenanginya buat kali kedua selaku pengurus pada edisi 1990. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI