fbpx

Banjir di Kota Tinggi membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORLIZAH ketika melakukan pemantauan banjir di bandar Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Banjir berlaku di Kota Tinggi dilihat sebagai sesuatu yang membimbangkan susulan laporan kenaikan air yang diramal berlaku.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Norlizah Noh berkata, banjir kali ini juga dilihat agak teruk berbanding sebelumnya.

“Keadaan agak merisaukan ikut, laporan air semakin naik dan amaran itu sudah dimaklumkan sejak minggu lepas. Jadi kita minta penduduk kena berjaga-jaga sampai 10 Januari esok bagi ramalan tersebut.

“Jika mengikut laporan banjir kali ini sama dengan tahun 2006 cuma dari segi jumlah mangsa agak bertambah,” katanya ketika ditemui media ketika membuat tinjauan di sekitar bandar Kota Tinggi, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri memaklumkan, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Jaya dan SK Datul Usman Awang ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan sementara ( PPS).

Beliau juga memaklumkan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersiap sedia membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah ini ke pusat peperiksaan bagi menjalani ujian bertutur Bahasa Melayu sehingga Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI