fbpx

Anas Tahir jual mikrofon, helmet demi tampung kos perubatan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyampai radio, Anas Tahir enggan mendedahkan penyakit dideritai ibu kandungnya namun memohon doa yang baik-baik daripada orang ramai.

PETALING JAYA – Penyampai radio dan penyanyi, Anas Tahir ingin menjual barang kesayangan seperti mikrofon, pembesar suara dan helmet bagi menampung kos perubatan ibunya di hospital.

Katanya, kesanggupan melepaskan barangan terbabit dilakukan berikutan caj bagi pembiayaan rawatan penyakit ibunya kini sudah melebihi wang simpanan keluarga.

“Bukan saya meminta sumbangan, tetapi saya naikkan lagi barangan yang mahu dijual semata-mata ingin membiayai kos rawatan ibu saya yang telah melebihi simpanan kami buat masa ini.

“Kosnya agak besar dan kami telah pun menyelesaikan separuh daripada itu, insya-Allah,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Begitupun, dalam hantaran yang turut menunjukkan gambar di hospital, Anas yang juga adik kepada penyanyi Faizal Tahir enggan mendedahkan penyakit insan kesayangannya itu.

Malah, bekas anggota kumpulan nasyid Far East itu turut meminta pengertian ramai agar tidak bertanyakan mengenai kondisi ibunya.

“Minta tolong jangan tanya mak saya sakit apa ya. Cukup sekadar mak saya tak sihat,” jelasnya.

Pada masa sama, Anas berharap tiada salah faham timbul berhubung hantaran dibuat yang hanya bertujuan menjual barangan sendiri, bukannya atas sebab lain.

“Bukan meminta sumbangan dan jangan tanya derita mak saya okey, doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

Menurutnya, dia bersyukur masih mempunyai barangan peribadi yang boleh dijual bagi menambahkan tabungan kecemasan keluarganya.

“Alhamdulillah, saya masih ada barangan yang boleh dilepaskan untuk dapatkan sedikit wang.

“Kawan-kawan yang ada kenalan nak buka ‘home studio’, tolonglah uar-uarkan barangan dalam gambar ni okey.

“Helmet tu, Alhamdulillah dah terjual,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran lain Anas turut berkongsi video kehadiran rakan sekerjanya di Zayan FM, Faizal Ismail yang menyantuni ibunya di hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI