fbpx

Abang ipar pernah ugut nak bunuh SRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH Rukh Khan bersama isterinya, Ghauri.

PERJALANAN kisah cinta antara Shah Rukh Khan (SRK) dan isterinya, Gauri Khan tidak ubah umpama jalan cerita yang sering dipersembahkan dalam filem-filem Hindustan.

Mana tidaknya, sebelum mendirikan rumah tangga pada 1991, hubungan mereka pernah mendapat tentangan keluarga atas faktor perbezaan agama.

Individu paling kuat menunjukkan kebencian terhadap aktor itu adalah abang Gauri, Vikrant Chibber.

Shah Rukh mendedahkan lelaki itu pernah menemuinya semata-mata mahu memberikan amaran sehingga sanggup melakukan pembunuhan jika pelakon itu meneruskan perhubungan dengan Ghauri.

Semasa pertemuan pertama dengan keluarga Gauri, bintang Dunki itu enggan memandang Vikrant yang suka merenungnya dengan tajam.

Begitupun, seiring peralihan waktu perhubungan dengan abang iparnya itu semakin baik apatah lagi melihat keutuhan rumah tangga mereka bersama tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI