fbpx

4 anggota ditahan kerja kantoi proses air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai empat anggota polis berdepan tindakan tahan kerja selepas kediaman yang dijadikan makmal ketum diserbu pasukan Cawangan Risikan/Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di Jalan Puchong, di sini, 4 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, empat anggota berusia 24 hingga 38 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 2.15 petang.

Katanya, pihaknya merampas daun ketum seberat 18 kilogram (kg) dan air ketum (13,500 ml) dengan nilai keseluruhan RM420; peralatan memproses daun ketum, uniform polis (5) dan wang tunai berjumlah RM1,200.

“Susulan tangkapan itu, pada pukul 4.45 petang hari sama, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields menahan dua lagi anggota berusia 31 hingga 35 tahun di sekitar
kawasan IPD Brickfields untuk tujuan siasatan lanjut.

“Seterusnya, kita menahan lelaki tempatan berusia 30 tahun di sekitar Jalan Klang Lama kerana memiliki air ketum (10,500 ml),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Amihizam, kesemua suspek ditahan reman bermula 4 hingga 6 Januari di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Empat anggota tersebut akan dikenakan tindakan tahan kerja.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Brickfields masih lagi menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenal pasti ahli-ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperolehi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI