fbpx

Tuntutan Sulu: Stampa dipenjara enam bulan, didapati hina mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

PUTRAJAYA – Mahkamah Sepanyol memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara kepada Gonzalo Stampa selain larangan daripada menjadi penimbang tara selama setahun selepas didapati bersalah menghina mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu sekali gus menterjemahkan usaha kerajaan dalam menangani Penipuan Sulu sebagai tindakan yang tidak sia-sia.

“Tahniah kepada semua rakyat Malaysia. Gonzalo Stampa telah didapati bersalah menghina mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah Sepanyol bersama-sama dengan larangan daripada berlatih sebagai penimbang tara selama setahun.

“Usaha Kerajaan Madani dalam menangani dan menghentikan pertikaian Sulu tidaklah sia-sia.

“Kami berterusan dalam perjuangan untuk keadilan dan akan meneruskan usaha kami untuk membatalkan Final Award,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X tadi.

Sebelum ini, Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Stampa yang didakwa menghina mahkamah dan berulang kali mengingkari perintah mahkamah yang membatalkan pelantikan beliau sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian Sulu.

Menurut Azalina dalam sidang media secara dalam talian selepas menghadiri prosiding perbicaraan jenayah Stampa di Mahkamah Madrid, Sepanyol baru-baru ini, keputusan mahkamah dalam kes itu disifatkan amat penting.

Katanya, ia kerana ia memberikan kekuatan yang lebih kepada kerajaan Malaysia untuk mematikan semua tuntutan Kumpulan Sulu yang disifatkan amat merepek.

“Keputusan ini juga sebagai satu jaminan untuk kita mematikan sebarang tuntutan (sama) di mana-mana negara yang berkemungkinan timbul selepas ini.

“Keduanya, saya berharap kalau boleh dia dipenjara bukan sahaja didenda sebab perangai dia yang betul-betul kurang ajar dan biadap kepada Malaysia,” katanya.

Pada 25 Mei 2020, Stampa memberikan award akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Susulan itu, dalam usaha menguatkuasakan award itu, mereka dilaporkan cuba menyita aset syarikat petroleum Malaysia iaitu Petronas di Luxembourg serta Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk kedutaan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI