fbpx

Suami beri hadiah mewah setiap hari kepada isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Soudi dan suaminya, Jamal. - Foto mediadrumimages@soudiofarabia

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE)  – Seorang isteri membuat tuntutan yang perlu dipenuhi oleh suaminya yang berstatus jutawan seperti berkongsi  pendapatan dan memberikan si isteri hadiah mewah setiap hari, lapor portal berita The Sun semalam.

 Isterinya yang dikenali sebagai Soudi berkongsi perkara itu kepada pengikutnya di  platform TikTok.

Pasangan berkenaan menetap di Dubai selepas mereka berkahwin.

Ia termasuk hadiah  ‘kejutan’ yang perlu disediakan suaminya pada setiap hari, sama ada perhiasan bunga atau barang kemas daripada jenama Van Cleefs & Arpels.

Wanita cantik dari Britain itu juga mengharapkan percutian untuknya yang dirancang setiap bulan.

Suri rumah itu turut menerima peratusan daripada gaji suaminya, namun enggan mendedahkan jumlah yang diterima.

Pendedahan Soudi menarik perhatian netizen dengan statusnya mendapat lebih 285,000 tontonan.

Seorang netizen memberikan komen dengan menulis: “Bukan hadiah mengejutkan, jika anda tahu ia akan berlaku pada setiap hari.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI