fbpx

Sehari dua ini ramai tak senang duduk – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah dan Datuk Dr. Radzi Jidin ketika menghadiri mesyuarat bersama Badan Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah.

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyindir ramai pihak tidak senang duduk sejak beberapa hari lalu.

Beliau secara sinis mendakwa pihak yang dalam kegelisahan ‘berlari’ ke Sabah sedangkan pihaknya berada dalam keadaan tenang sahaja.

“Sehari dua ini, saya dengar ramai yang tak senang duduk. Gelisah semacam. Ada yang berlari ke IJN (Institut Jantung Negara), ada yang ke Sabah.

“Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar tu. Kunfayakun,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Hamzah dipercayai mengulas dakwaan pembangkang mempunyai sokongan mencukupi Ahli Parlimen untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal beberapa hari lalu bagaimanapun mendakwa sebaliknya.

Beliau mendedahkan seramai tujuh hingga lapan lagi Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Setiausaha Politik kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula menafikan kedatangan Ahmad Zahid ke Sabah semalam ada kaitan dengan pergolakan politik.

Datuk Jamal Nerubi memaklumkan, Ahmad Zahid memenuhi jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bagi menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas di Kota Belud hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI