fbpx

Real Madrid bersikap merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL dijadualkan bertemu Atletico untuk aksi separuh akhir Piala Super Sepayol di Riyadh sleepas ini. – REAL MADRID

MADRID – Jurulatih Real Mad­rid, Carlo Ancelotti tidak meng­anggap pasukannya sebagai pilihan utama untuk menjuarai kesemua trofi yang dipertandingkan musim ini.

Los Blancos tiada masalah mara ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan Arandina 3-1 pada pusingan 32 kempen Piala Raja Sepanyol di Estadio El Montecillo awal pagi semalam.

Tiga gol Real dalam aksi itu dihasilkan oleh Joselu pada minit ke-54, Brahim Diaz (m-55) dan Rodrygo (m90+1), manakala Arandina meraih jaringan sagu hati melalui gol sendiri Nacho Fernandez di peng­hujung perlawanan.

“Saya tidak ambil kisah me­ngenai status pasukan pilihan, lebih-lebih lagi mengenai aksi Piala Super Sepanyol kerana ia cuma kejohanan yang singkat.

“Saya akui kami ada peluang memenanginya, tetapi ia juga bermaksud kami kini kekura­ngan waktu untuk berehat. Apa yang saya boleh katakan adalah kami berkeyakinan tinggi musim ini,” kata Ancelotti.

Real dijadualkan menentang seteru setempat, Atletico Madrid pada separuh akhir Piala Super Sepanyol yang akan berlangsung di Stadium Al-Awwal, Riyadh, Arab Saudi awal pagi Khamis ini.

Selepas itu, Real akan kembali memberikan tumpuan untuk melebarkan penguasaan di puncak La Liga dengan menentang Almeria di Santiago Bernabeu pada 21 Januari nanti.

Sebagai rekod, Real ketika ini mendahului carta dengan ke­lebihan perbezaan gol ke atas pasukan di tempat kedua, Girona apabila kedua-duanya terikat 48 mata selepas 19 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI