fbpx

Raja Permaisuri menangis dengar sajak ‘Daulat Tuanku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah mengalirkan air mata ketika mendengar deklamasi sajak. -Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kelihatan mengalirkan air mata ketika mendengar deklamasi sajak sempena Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di, Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut dilihat terharu sejurus pendeklamasian sajak itu.

Sajak bertajuk ‘Daulat Tuanku’ itu dideklamasikan oleh Kor Polis Tentera Diraja, Sarjan Siti Nur Ain Jasni dan Laskar udara 1 dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Abdullah Rosli.

Ia turut diiringi dua pemain violin dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta seorang pemain alto saxophone dari TUDM sekali gus membuatkan sajak itu menyentuh hati orang ramai.

Untuk rekod, Istiadat perbarisan diadakan sebagai penghargaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Al-Sultan Abdullah yang juga Pemerintah Tertinggi ATM dan Tunku Azizah atas tamat tempoh rasmi perkhidmatan baginda berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke-16.

Turut hadir, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, dan timbalannya, Adly Zahari serta Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman. – KOSMO! ONLINE

Tunku Azizah tidak dapat menahan sebak ketika mendengar deklamasi sajak bertajuk ‘Daulat Tuanku’ sempena Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI