fbpx

Polis digesa siasat segera dalang ‘Langkah Dubai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar (tengah) membuat laporan polis terhadap dalang-dalang yang melakukan Langkah Dubai di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya petang tadi. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin membuat laporan polis hari ini bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik ‘Langkah Dubai’.

Menurutnya, pendirian ini diambil supaya siasatan terperinci dilakukan kerana ia menimbulkan keresahan dan mencetuskan ketidaktenteramam dalam kalangan rakyat.

“Sebab itu saya ambil pendirian hari ini untuk membuat laporan supaya siasatan boleh dilakukan kerana selama ini kita (kerajaan) berdiam.

“Nampaknya gerakan ini sudah menguasai sosial media dan persepsi rakyat, saya fikir ia perlu ditamatkan segera dan laporan polis perlu dibuat.

“Saya harap selepas ini dengan puluhan laporan polis dibuat, tentunya satu menjadi keprihatinan dan saya yakin polis akan ambil tindakan tegas,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau dimaklumkan sebanyak 12 laporan polis berhubung perkara sama dibuat serentak di 12 negeri pada petang ini.

Shamsul Iskandar berkata, beliau yakin lebih banyak laporan polis dibuat bagi memastikan cakap-cakap dan cerita menukar Perdana Menteri serta menggulingkan kerajaan dihentikan segera.

Ditanya individu pembangkang yang terbabit dalam gerakan itu, Shamsul Iskandar berkata, beliau tidak mendedahkan nama individu berkenaan dalam laporannya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI