fbpx

PKNPk, anak syarikat, Advancecon bangunkan projek SVTP bernilai RM1.03 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tiga dari kiri) diberi penerangan tentang projek SVTP di Ipoh semalam.

IPOH – Projek pembangunan Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kanthan Bharu dekat Chemor dijangka memberi impak ekonomi kepada negeri Pe­rak apabila membawa pelaburan langsung asing (FDI) dan domestik bernilai RM14 bilion.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.03 bilion itu juga bakal membuka 13,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat negeri ini.

Menurut beliau, SVTP akan dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dengan anak syarikatnya, Perak Corporation Berhad (Perak Corporation) bersama rakan strategik, Advancecon Holdings Berhad (Advancecon).

Advancecon adalah pakar kerja tanah dan kejuruteraan selain mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam membangunkan beberapa projek berskala besar sebelum ini.

“Melalui perjanjian usaha sama ini, ketiga-tiga pihak akan menggabungkan sumber, kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan keupayaan dalam pembangunan SVTP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis pemeterai perjanjian usaha sama antara PKNPk dan Perak Corporation Berhad serta Advancecon di sini semalam.

Saarani menerangkan, dalam memastikan SVTP berupaya menjadi pemangkin dan pemacu kepada pembangunan perindustrian negeri dan menjadi hab perindustrian baharu, kerajaan negeri sama sekali tidak akan berkompromi terhadap isu kua­liti dan keselamatan.

“SVTP terletak di lokasi strategik di antara Taman Perindustrian Kanthan dan Bandar Meru Raya, yang mana ia sudah mempunyai ekosistem sokongan termasuk kedudukannya yang berdekatan dengan kemudahan asas sedia ada yang memberikan nilai tambah untuk menarik pelabur.

“Saya optimis bahawa pembangunan SVTP akan memberikan alternatif kepada graduan kelahiran Perak untuk kembali menyumbang kepada negeri ini melalui peluang pekerjaan yang disediakan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI