fbpx

Majikan eksploitasi warga asing berdepan tujuh tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil

PETALING JAYA – Tujuh tindakan akan diambil terhadap majikan yang mengeksploitasi pekerja asing.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah bekerjasama dan akan mengambil tindakan sangat keras pada majikan yang mengambil kesempatan.

Ujarnya, tujuh tindakan akan diambil kepada majikan seperti ini termasuk bayaran penalti, baki kuota pekerja asing majikan yang masih berbaki dibatalkan dan menyenarai hitam majikan dari sebarang urusan di Jabatan Imigresen Malaysia.

“KDN dan KSM kini tidak hanya mengejar pekerja malah bakal menghukum majikan dan ejen bagi membanteras eksploitasi manusia di Malaysia.

“Tak cukup dengan itu, Kerajaan Madani juga akan mengadakan Mesyuarat Khas Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing pada 16 Januari ini,” jelasnya menerusi ciapannya.

Berkata lanjut, semua inisiatif ini selaras dengan konsep Malaysia Madani tanpa kompromi kedaulatan undang-undang negara.

“Pekerja asing kumpul duit untuk bayar permit. Kononnya dapat peluang bekerja di Malaysia. Bila sampai, rupanya kena tipu. Tiada kerja pun untuk mereka.

“Yang rugi? Pekerja asing. Habis kos untuk datang Malaysia dan bayar semua. Tapi tak dapat kerja. Yang untung? ‘Majikan’ yang kononnya tawar kerja,” ujarnya.

Jelasnya, tindakan eksploitasi zalim ini melanggar hak asasi manusia dan di bawah Kerajaan Madani, eksploitasi ini akan dimatikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI