fbpx

KSM sasar 500,000 wanita carum SKSSR tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim (kiri) berbual bersama salah seorang daripada pencarum yang menerima faedah Perkeso sempena lawatannya ke pejabat Perkeso Pulau Pinang di Seberang Jaya, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan sehingga setengah juga suri rumah di negara ini mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sepanjang tahun ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, ketika ini, jumlah pencarum untuk skim tersebut adalah sekitar 200,000 sahaja sejak ia diperkenalkan pada penghujung 2022 yang lalu.

Sim berkata, jumlah berkenaan dianggap rendah kerana berdasarkan statistik semasa, terdapat lebih tiga juta wanita yang bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa ketika ini.

Justeru kata beliau, KSM sedang memperincikan perkara itu dan akan mengumumkan strategi serta rancangan yang lebih baik dalam masa terdekat.

“Kita (KSM) memang ‘all out’ (bekerja keras) dalam hal ini dan telah meletakkan satu target khusus untuk meningkatkan jumlah pencarum iaitu daripada kira-kira 200,000 orang kepada 500,000 pada tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja pertamanya ke pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang di Seberang Jaya, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Sempena lawatannya itu juga, beliau sempat menyerahkan sumbangan berupa faedah kepada beberapa pencarum Perkeso yang terpilih dengan nilai keseluruhan faedah tersebut melebihi RM90,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI