fbpx

‘Syukur mayat wanita ditemui di Melaka bukan Bella’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORISHAM (kiri) bersama ibunya, Noraini menunjukkan gambar Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

BATU PAHAT – Keluarga Mira Shamira Samsusah atau Bella lega apabila polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui bogel tanpa kepala, tangan dan kaki di Melaka pada 31 Disember lalu bukan ahli keluarga mereka yang hilang sejak 14 Disember lepas.

Kakaknya, Norisham Samsusah, 36, berkata, pada awalnya, mereka sekeluarga bimbang akan keadaan ibunya, Noraini Salleh, 54, apabila terdapat pelbagai spekulasi mengatakan mayat itu adalah Bella.

“Sebaik penemuan mayat itu, saya dihujani panggilan dan mesej daripada mereka yang ingin mendapatkan cerita sebenar, namun lega itu (mayat) bukan Bella.

“Malah setiap kali berita penemuan mayat tersiar, seluruh ahli keluarga saya akan berasa gelisah kerana bimbang ada kaitan dengan dia (Bella),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini.

Menurut Norisham, usaha pencarian Bella tidak hanya bergantung kepada pihak polis, namun beberapa orang ustaz turut membantu mereka sekeluarga, namun apa yang dilakukan itu masih belum membuahkan hasil.

Norisham turut berharap adik bongsu daripada dua beradik itu dalam keadaan baik serta masih hidup walaupun masih belum tahu pengakhirannya.

“Tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi kerana pelbagai usaha sudah dilakukan, namun hingga kini Bella masih belum ditemui,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI