fbpx

Elon Musk didakwa ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELON MUSK - Foto AFP

WASHINGTON –  Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk didakwa mengambil dadah termasuk ekstasi dan kokain sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan eksekutif dan ahli lembaga pengarah syarikatnya, lapor akhbar The Wall Street Journal semalam

Sejak akhir-akhir ini, beberapa eksekutif dan anggota lembaga pengarah syarikatnya dan kenalan rapat Musk, 52, semakin bimbang bahawa penggunaan dadah menyebabkan kelakuan beliau bertukar  aneh.

Menurut akhbar itu yang memetik beberapa sumber, kebimbangan mereka terhadap kesihatan taikun teknologi itu turut melibatkan risiko ke atas enam perniagaannya termasuk syarikat kenderaan elektrik, Tesla dan firma aeroangkasa, SpaceX. 

Mereka menyatakan, perkembangan itu mungkin akan menyebabkan pemegang saham Musk menanggung risiko sekitar AS$1 trilion (RM4.65 trilion)  dalam bentuk aset di samping puluhan ribu pekerjaan termasuk sebahagian besar projek angkasa lepas Amerika Syarikat (AS).    

Seorang peguam taikun itu, Alex Spiro berkata, Musk memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau tidak pernah gagal dalam ujian dadah di SpaceX. 

Bilionair itu menghisap ganja dalam program ‘podcast’ Joe Ragan pada tahun lalu dan membincangkan secara terbuka tentang ubat psikedeliknya yang mirip dadah ketamin.

Namun, saksi-saksi memberitahu The Wall Street Journal, bahawa pemilik aplikasi X itu juga menggunakan dadah LSD, kokain, ekstasi dan cendawan psikedelik secara kerap ketika menghadiri parti eksklusif.

Barisan tetamu perlu menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan aktiviti di dalam parti tersebut dan mengelakkan merakam gambar.     

Sebagai contoh, pada 2019, Musk didakwa menggunakan cendawan khayal dalam satu majlis di Mexico dan mengambil ketamin bersama saudara kandungnya dalam parti di sebuah rumah di Miami. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI