fbpx

Cuaca baik melancarkan kehadiran calon-calon ke sekolah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORHAFIZAH Nasiron (kiri) dan Anuar Salleh menyambut kedatangan calon-calon peperiksaan SPM di SMK Dato Penggawa Barat, Pontian, Johor, hari ini.

PONTIAN – Cuaca yang baik pagi ini di daerah Pontian memudahkan kehadiran pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini.

Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di sini, calon-calon mula memasuki sekolah pada pukul 7 pagi dengan dihantar oleh ibu bapa dan keluarga.

Kehadiran mereka disambut oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Bahasa, Anuar Salleh dan Norhafizah Nasiron, Penyelaras Kecemerlangan SPM.

Menurut Pengetua SMK Dato Penggawa Barat, Rozlizah Rahmat, seramai 174 calon termasuk 60 yang tinggal di asrama menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu hingga 17 Januari ini.

Katanya, semua langkah-langkah telah diambil oleh pihak sekolah termasuk menubuhkan jawatankuasa ‘ Op Payung’ bagi menghadapi kemungkinan berlaku kejadian banjir ketika peperiksaan ini.

“Insya-Allah semua persiapan telah diatur oleh Unit Peperiksaan Sekolah bagi memastikan perjalanan peperiksaan SPM berjalan dengan lancar,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian telah mewujudkan ‘Ops Payung’ di setiap sekolah yang terlibat bagi menghadai bencana banjir.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pontian, Abd. Rahman Salleh berkata, seramai 2,811 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 20 buah pusat peperiksaan di seluruh daerah Pontian mulai semalam.

“Manakala 92 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah menduduki peperiksaan tersebut bermula 2 Januari hingga 11 Januari di tiga buah pusat pemeriksaan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI