fbpx

Capital A mahu lupus bisnes penerbangan, perkemas operasi kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tony Fernandes (dua dari kiri) bersama kepimpinan utama yang baharu di AirAsia RedQ, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) hari ini.

SEPANG- Capital A Berhad  (Capital A)  tidak mahu terikat bersama AirAsia Berhad atau AAX untuk cadangan pelupusan bisnes penerbangannya di bawah jenama AirAsia.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes, kumpulan itu telah menandatangani surat tawaran tersebut dalam usaha memperkemaskan operasinya yang mana ia melibatkan AIrAsia Berhad iaitu AirAsia Malaysia dan Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited meliputi anak syarikatnya di Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

“Langkah strategik ini bertujuan memperkemaskan operasi kumpulan serta memudahkan usaha penilaian berteraskan perniagaan bagi entiti berasingan yang berpotensi,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan pelan perancangan tahunan Capital A pada 2024 serta mengumumkan pelantikan dua Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Mereka adalah Datuk Kapten Chester Voo yang memimpin bahagian operasi penerbangan dan Farouk Kamal yang menerajui fungsi korporat termasuk audit dalaman serta risiko.

Capital A pada ketika ini masih dalam penyenaraian status Notis Amalan 17 atau PN17 di bawah Bursa Malaysia sejak Januari tahun lalu serta dianggap di bawah nilai pasaran.

Ia sepatutnya mengemukakan pelan regularisasi atau kawal selia pada 5 Oktober lepas namun telah dilanjutkan lagi kepada 31 Disember lalu sebelum disambung beberapa kali.

Pada masa ini, syarikat itu menguruskan firma logistik, Teleport selain penyelenggaraan, baik pulih dan operasi perkhidmatan penerbangan, Capital A Aviation serta Move Digital.

Tambah Tony, apabila tidak terikat, ia membuka nilai lebih besar kepada para pemegang saham dan semua cabang perniagaan Capital A dijangka berkembang.


“Kami bersedia ke peringkat seterusnya tetapi perlu kumpul dana untuk kembang bisnes dan akses kepada modal jadi cabaran disebabkan masih dalam status PN17,” jelasnya.

Justeru ujar beliau, pihaknya giat berinteraksi dengan ramai pelabur yang menyatakan kecenderungan kukuh mereka bagi terlibat dalam perniagaan penerbangan sepenuhnya.

Pada masa sama tambahnya, untuk memastikan Capital A mendapat suntikan kewangan teguh, mereka akan meneruskan penjualan bisnes tertentu secara strategik kepada AAX.

Usaha itu katanya, dijangka menyaksikan penggabungan dua syarikat penerbangan jarak jauh dan dekat di bawah jenama AirAsia tertakluk penyelesaian rundingan penjualannya.

Selepas pelupusan, ia akan bersedia mendapat manfaat dengan fokus hala yang akan meningkatkan kapasiti perniagaan dan meraih pertumbuhan serta menjana keuntungan.

Berikutan penjualan kepentingan tersebut, Tony menjangkakan pemegang saham Capital A akan menjadi pemegang saham kepada dua syarikat tersenarai yang asas lebih kukuh.

“Paling lewat pada 30 Jun depan dan Capital A akan sentiasa berkomunikasi secara telus selain menyediakan semua pihak berkepentingan dengan maklumat terperinci,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI