fbpx

Buruh ladang maut, dilanggar dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal yang ditunggang mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 66 Jalan Kota Tinggi - Kluang malam tadi.

KLUANG – Seorang buruh ladang kelapa sawit warga Bangladesh maut akibat dilanggar dua buah kenderaan dalam kejadian di Kilometer 66 Jalan Kota Tinggi – Kluang malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warga Bangladesh, Mohammad Arsad, 37.

Katanya, kemalangan melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dan dua buah kereta jenis Perodua Myvi serta Honda Accord masing-masing dipandu lelaki 29 hingga 34 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketiga-tiga kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari arah Kluang ke Kota Tinggi.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta Perodua Myvi telah terlanggar motosikal ditunggang mangsa yang tidak mempunyai lampu hadapan dan belakang.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa telah terjatuh dan dilanggar kereta Honda Accord yang berada di belakang menyebabkannya mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI