fbpx

‘Buang’ kekasih, Zendaya cetus tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZENDAYA

PELAKON Zendaya mencetuskan tanda tanya pengikut Instagramnya apabila tidak lagi mengikuti mana-mana akaun Instagram (unfollow), termasuk akaun media sosial kekasihnya, Tom Holland.

Sebelum tidak lagi mengikuti mana-mana akaun Instagram, pelakon berusia 27 tahun itu sempat memuat naik poster mempromosikan filem terbaharunya berjudul Challengers yang bakal ditayangkan pada tahun ini.

Kelihatan pelik, punca perubahan Zendaya, lebih-lebih lagi apabila dia juga dilihat tidak mengikuti akaun Instagram milik kekasihnya itu bagaimanapun belum dapat ditebak.

Ada yang berpendapat, pelakon itu inginkan waktu rehat apabila dia dilihat pernah berkongsi hantaran seolah-olah terlalu memikirkan masalah hidup.

“Berada dalam media sosial membuatkan saya cemas dan terlalu banyak berfikir. Peminat mahukan saya bahagia, tetapi perkara sebaliknya yang berlaku,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI