fbpx

Amaran angin kencang laut bergelora hingga Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan negara mulai Khamis hingga 15 Januari (Isnin).

MetMalaysia dalam laman sesawangnya memaklumkan, amaran kategori pertama membabitkan kejadian angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak melebihi 3.5 meter (m) dijangka berlaku di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Dalam pada itu, jabatan tersebut turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 6 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

“Bagi negeri Sarawak pula melibatkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan kawasan di Sabah iaitu di Tawau (Lahad Datu),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI