fbpx

Adam Corrie dituduh rindukan daging babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA disebabkan perkongsian makan mi wantan ayam merah BBQ, Adam Corrie dituduh merindui menu daging babi.

PETALING JAYA – Gara-gara berkongsi keenakan mi wantan ayam merah BBQ, pelakon Adam Corrie didakwa segelintir netizen merindui daging khinzir yang pernah dimakan sebelum ini.

Katanya, dia kesal masih berdepan tuduhan sedemikian walaupun sudah 16 tahun meninggalkan semua perkara yang dilarang agama sebaik nekad memeluk Islam.

“Ada komen dalam laman sosial kata saya rindu nak makan babi, sebab itu saya nak makan mi wantan ayam BBQ yang serupa
dengan babi.

“Bahkan ada juga kata saya memang makan babi, bukannya ayam BBQ. Sebagai Muslim yang kembali kepada fitrah (peluk Islam) selama 16 tahun tak rindu pun nak makan benda haram,” katanya dalam Instagram.

Aktor berusia 55 tahun itu turut tertanya-tanya motif sebenar pencetus fitnah apabila masih mengaitkannya dengan tuduhan seumpama itu.

“Saya tak pasti pun niat mereka berkata begitu, sama ada nak provokasi atau sebaliknya.

“Sebelum saya syahadah, saya bukanlah penggemar daging babi. Ramai bukan Islam tak makan daging tersebut.

“Mereka pun ada alasan tersendiri kenapa tak makan, sama ada vegan dan sebagainya,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon KL Gangster itu menegaskan makanan haram yang diambil sebelum kembali kepada fitrah adalah hal lampau.

“Selepas syahadah saya faham halal haram. Haram sedikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah banyak, carilah yang halal.

“Jika ada yang kata dulu saya makan makanan haram bertan-tan, itu sebelum syahadah.

“Setiap orang ada kisahnya sendiri. Setiap pengalaman mengajar kita menjadi insan lebih baik,” ujarnya.

Aktor merangkap kareografer yang menjadi pereka tari bagi program Akademi Fantasia musim kedua dan keempat itu memeluk Islam pada 13 Julai 2007.

Adam Corrie kemudian mendirikan rumah tangga dengan pereka grafik, Fazema Mohd Fuad, 43, pada 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.

Pada 2017 lalu, dia dipilih sebagai Tokoh Saudara Kita peringkat Selangor bersempena sambutan Maal Hijrah 1439. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI