fbpx

39,000 pemain industri beras akan diaudit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan ucapan semasa melawat Projek Pembiakan dan Penternakan Lembu Baka Wagyu di Kampung Senang, Jelawat di Bachok hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

BACHOK – Sebanyak 39,000 pemain industri beras di negara ini akan diaudit lesen borong beras, eksport, import, kilang padi, membeli padi, beras runcit termasuk kelulusan khas menjual benih padi bagi benih padi sah (BPS) dalam usaha membanteras dominasi dan manipulasi kartel.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, selain itu, beliau juga akan membuat lawatan mengejut untuk melihat perkara tersebut.

Menurutnya, kerajaan akan bertindak menjalankan audit terhadap pemain industri beras apabila mempunyai fakta mengenai kegiatan melibatkan kartel.

“Kita tidak mahu menghebahkan mengenai sesuatu perkara. Pihak kementerian akan menjalankan siasatan melalui agensi di bawah kita iaitu Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN).

“KSPBN boleh bertindak berkait hal-hal kartel. Sudah ada yang didakwa ketika ini dan mereka dibawa ke mahkamah untuk berhujah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Projek Pembiakan dan Penternakan Lembu Baka Wagyu di Kampung Senang, Jelawat hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat sekiranya ada pelanggaran undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI