PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima petunjuk baharu daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan kes bunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, maklumat tersebut diperoleh susulan semakan pangkalan data Interpol. “Pihak polis ada terima (maklumat daripada Interpol), tapi masih dalam siasatan lanjut,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam. Dalam pada itu, menurut Hussein, meskipun sudah memiliki petunjuk baharu namun siasatan masih tertumpu di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya