fbpx

Usah berdebat isu air, didik pengguna berjimat- CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berdebat mengenai isu bekalan air di Pulau Pinang serta isu-isu lain ketika rakyat negeri ini sedang bersedia untuk menghadapi gangguan bekalan air selama 96 jam, bermula Rabu ini.

Sebaliknya, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, ini adalah masa yang terbaik untuk mendidik orang ramai cara menjimatkan penggunaan air.

Menurutnya, dalam hal ini, ahli politik di Pulau Pinang sepatutnya memainkan peranan masing-masing dengan ‘mengajar’ orang ramai untuk ‘menghormati’ air.

“Tidak ada gunanya (ahli politik) menuding jari kepada orang lain tentang siapa yang salah serta siapa yang betul dan sudah tiba masanya untuk orang tua atau ibu bapa mengajar anak-anak mereka tentang kepentingan air.

“Apa guna mengkritik CM (Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow) atau PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang)?

“(Dalam hal ini) Tiada siapa yang akan melakukan permainan mengenai pemotongan air. Ia bukan perniagaan. Ia tidak dapat dielakkan. Potongan air tidak dapat dielakkan,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI