RASANYA ini baru pertama kali Diva tengok ada tawaran penjualan tiket konsert secara hutang.
Kiranya konsep ‘beli dahulu, bayar kemudian’. Siap ada ansuran boleh bayar bulan-bulan macam beli barangan perabot dalam lama jualan online.
Itulah yang berlaku dalam kepada jualan tiket konsert penyanyi hebat, Liza Hanim yang membuat tawaran ansuran kepada peminat jika mahu menonton konsertnya pada 4 Februari nanti di Zepp, Kuala Lumpur.
Jujur ini pertama kali Diva lihat ada bayaran ansuran untuk membeli tiket konsert. Nak kata mahal sangat harga tiket konser Liza Hanim 27 Years Journey, tidaklah terlalu ‘cekik darah’.
Paling murah RM189 yang boleh dibayar ansuran selama tiga bulan serendah RM68.
Tiket paling mahal pula RM8,000 dengan ansuran tiga kali pembayaran serendah RM2,854 sebulan. Wah! Terfikir juga kenapa ditawarkan ansuran bulanan? Mungkin sebab nak lariskan tiket barangkali.
Dengar juga, tinggal kurang lebih sebulan sahaja lagi tarikh konsert akan diadakan. Namun, tiket yang berjaya dijual masih belum mencapai sasaran.
DIVA: Nampaknya kisah kesihatan mental dan artis kemurungan masih akan menjadi pengisian cerita hiburan tahun 2024.