KISAH pelakon Sophia Albarakbah dengan watak air mata memang tidak boleh dipisahkan.
Setiap kali terlibat dengan mana-mana drama, pasti ada watak yang dijayakannya seorang wanita yang lemah, tertindas atau kecewa dalam perhubungan.
Memang semua itu tidak pernah lari dari Sophia sehingga ada juga yang berasa bosan melihat dia melakonkan karakter yang sama sahaja.
Bukan sahaja peminat, bahkan Sophia sendiri mengakui sudah berehat daripada menyahut tawaran karakter sebegitu.
“Berehat sebentar daripada mana-mana cerita sedih sebab kehidupan pun sudah menyedihkan,” katanya menjawab pertanyaan netizen dalam media sosial yang memuji emosi dan lakonannya dalam drama bergenre drama air mata.
Terkejut juga Diva baca tentang kehidupannya menyedihkan ketika ini sebab lihat dalam media sosial, semuanya kelihatan okey.
Rasanya, apalah yang begitu menyedihkan Sophia ya?
Tak mengapalah, berilah ruang kepada Sophia. Mungkin mentalnya belum bersedia untuk berlakon babak-babak sedih dek putus cinta.
Bukan senang ya kalau watak tersebut kerap menangis, memenatkan!
DIVA: Apa sudah jadi Aniq Suhair? Makin teruk nama diburukkan dan timbul dakwaan kaki pukul wanita pula.