fbpx

Sasar 600 PKS bakal sertai program Percuma Jer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Pasak Sdn. Bhd., Ku Addly Fazly Ku Radin (dua dari kanan) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian program Percuma Jer di Kelab Shah Alam, Shah Alam, baru-baru ini.

SHAH ALAM- Seramai 600 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bakal mendapat manfaat daripada program Percuma Jer yang bakal disiarkan di stesen televisyen TV AlHijrah mulai 1 Februari ini hingga 23 April 2024.

Ketua Pegawai Operasinya, Nadzariah Mohamed berkata, program tersebut diperkenalkan untuk membantu usahawan  memperkenalkan produk keluaran masing-masing kepada masyarakat melalui program tersebut. 

“Dengan hanya dikenakan caj sebanyak RM1,500 bagi memasuki slot program ini, usahawan tersebut boleh memperkenalkan apa-apa produk mereka, dengan syarat produk tersebut lulus pemeriksaan daripada agensi kerajaan.

“Kalau melihat pakej ini murah dan ini adalah salah satu niat kami untuk membantu usahawan PKS memajukan perniagaan mereka,” katanya dalam sidang akhbar pengenalan program terbaharu itu di sini baru-baru ini.

Selain itu, Nadzariah menerangkan, usahawan juga akan memberikan 30 produk  secara percuma kepada penonton setiap mereka bersiaran secara langsung bagi mempromosikan barangan mereka.

Menurutnya, inisiatif ini juga telah membolehkan penonton program tersebut mencuba produk terbabit, sebagai testimoni  sebelum mereka mempertimbangkan untuk membeli.

“Sehingga kini, sebanyak 100 usahawan yang menjual pelbagai produk seperti produk kecantikan, makanan, pakaian dan lain-lain telah mengesahkan untuk menyertai program ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI