fbpx

Rita Rudaini hebat urus anak tanpa lelaki bernama suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keampuhan jiwa Rita Rudaini membesarkan dua anaknya tanpa suami di sisi menyuntik semangat para wanita lain.

SEKALIPUN sudah meneruskan kehidupan dengan isteri baharu, itu tidak bermakna tanggungjawab terhadap anak-anak bersama bekas isteri ‘terputus’ begitu sahaja. 

Barangkali itu yang bersarang di minda netizen tentang apa yang berlaku kepada pelakon, Rita Rudaini atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48, dan dua anaknya,  Airit Rayyan Rizqin serta Airit Qaqa Arjuna.

Pada masa sama, ramai bersetuju dengan perbalahan idea dilontarkan Rita tentang isu ibu bapa dari kalangan kumpulan isi rumah tertinggi (T20) menghantar anak mereka belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah untuk belajar erti kesusahan hidup.

Rita yang dahulu dicaci ramai kerana kelantangan dirinya menolak vaksin Covid-19 kini umpama hero menegakkan kebenaran ketidakadilan situasi yang bukan hanya berlaku dalam kehidupan peribadinya, bahkan apa yang terjadi dalam kehidupan masyarakat. 

Meskipun sering sahaja melontarkan pendapat berbaur sensasi dalam media sosial, ramai kini yang berterima kasih terhadapnya kerana menjadi epitome wanita berstatus ibu tunggal yang tabah sementelah isu MRSM dikupasnya satu per satu seumpama membela nasib golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). 

Tak payah berangan

Berhubung isu bekas suami, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sepertinya tidak mempedulikan langsung anak-anaknya, Rita dengan sinis mengingatkan Aidil Zafuan dengan selayaknya apa tindak-tanduk lelaki itu. 

“Tak payah (melawat). Masa kecil, kena basuh berak, tengah menyusu tak nak pula tengok. Dah besar, saya bela bagi pandai, dah senang tak payah basuh berak, tak payah berangan nak datang!

“Jumpa di Padang Mahsyar nanti,” sindir Rita.

Dari satu perspektif yang lain, Rita juga bertindak menegakkan nasib mereka yang tertindas berkenaan isu MRSM. 

Dengan penuh sinikal, pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Mami Jarum itu menempelak kenyataan Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd. Fadzil Yusof yang berpendapat anak-anak orang kaya bersekolah di MRSM kerana ingin merasai nikmat kesusahan hidup. 

Sokong benda baik

Rita sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut sambil menyifatkannya sebagai merepek dan mengarut.

“Bahasa ‘alasan’ macam ini, nak belajar (cara hidup) susah banyak lagi tempat boleh hantar,” ujarnya. 

Sindir anak seni kelahiran Kangar, Perlis itu, sekolah berprestasi tinggi seperti MSRM bukanlah platform golongan elit atau bangsawan ‘meragut’ peluang anak-anak B40. 

“MRSM untuk yang cerdik pandai, untuk yang ada kelayakan akademik, semua golongan berhak memohon dan yang layak akan berpeluang untuk belajar di sana.

“Erti kesusahan sebenar ialah, ‘siapa malas belajar dia akan ketinggalan’. Di situ barulah para pelajar akan sedar erti kesusahan yang sebenar bila tak dapat tempat di mana-mana institusi yang bagus dan terbaik,” jelasnya. 

Satu tentang Rita, beliau mungkin seorang yang banyak ‘bunyi’ tentang isu semasa atau perihal bersangkut peribadi, namun satu perkara yang tidak boleh dinafikan dia adalah seorang ibu sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anak. 

Buktinya, anak-anaknya kini berada di sekolah-sekolah terbaik waima dirinya terpaksa bertungkus-lumus seorang diri tanpa kehadiran lelaki bernama suami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI