fbpx

Produk tempatan ada potensi, layak dipasarkan ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid ketika beramah mesra bersama belia yang menghadiri program MoodaFest 2024 di Rumah Tangsi.

KUALA LUMPUR – Usaha untuk membantu usahawan muda memasarkan produk-produk mereka ke luar negara perlu dilakukan secara berterusan dan berstruktur, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedia membantu usahawan belia yang mempunyai kekangan sama ada dari segi kewangan mahupun rangkaian supaya produk mereka dapat masuk ke pasaran antarabangsa.

“Pada hemat saya, ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu anak muda. Antaranya adalah melalui agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Saya sebagai sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Keusahawanan dan PMKS Kebangsaan akan lakukan yang terbaik untuk bantu anak-anak muda ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian MoodaFest 2024 di Rumah Tangsi, di sini hari ini.

Tambah Zahid, kini terdapat banyak produk tempatan yang mempunyai potensi untuk dipasarkan ke luar negara.

“Buat masa sekarang, hampir 500,000 para usahawan yang mendaftar di bawah Mara. Kami akan memilih produk yang berpotensi untuk pasaran antabangsa termasuklah produk yang dipamerkan di program ini.

“Malah, kami juga akan jemput para pempengaruh yang menghasilkan produk ini untuk dibantu, bukan sahaja dari segi pembiayaan tetapi juga dari segi mewujudkan pasaran di peringkat antarabangsa,” ulasnya.

Zahid berkata, usahawan-usahawan muda boleh mendapatkan bimbingan menerusi Mara sekiranya ingin memasarkan produk mereka ke luar negara.

“Ini kita akan lakukan melalui program khas Gate to Global (GTG) anjuran Mara yang menjadi pintu masuk untuk Bumiputera bersaing di peringkat global.

“Saya lihat banyak produk yang mempunyai potensi. Jadi kerjasama perlu dijalikan dengan pelbagai lagi agensi lain untuk merealisasikan perkara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI