fbpx

Premis makanan ‘cekik darah’ di Pulau Pangkor diserbu KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa melakukan pemeriksaan mengejut di premis makanan sekitar Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, semalam dan awal pagi ini. - Foto Ihsan KPDN PERAK

LUMUT – Sebuah premis makanan hasil laut di Pulau Pangkor yang didakwa mengenakan harga mahal melampau dan tular dalam media sosial, dikenakan tindakan dalam pemeriksaan mengejut semalam dan hari ini.

Pemeriksaan bersepadu menerusi Ops Samar itu membuat pemeriksaan ke atas premis menjual makanan hasil laut tersebut serta yang lain di sekitar Teluk Nipah bermula pukul 6 petang hingga 2 pagi.

Hasil operasi itu mendapati premis tersebut tidak meletakkan tanda harga ke atas makanan hasil laut yang belum dimasak serta tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil
laut tersebut.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, menjelaskan premis itu hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform dilakukan awal pagi hari ini.

“Pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati
lebih tinggi berbanding harga makanan yang sama di premis lain sekitar Teluk Nipah,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI