fbpx

Pendapatan lumayan punca ibu bapa eksploitasi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI penguat kuasa JKM negeri memeriksa kad pengenalan diri dua kanak-kanak yang diselamatkan di hadapan pusat beli-belah di Dataran Pahlawan, Melaka, tengah malam tadi. -foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menerima 30 kes berulang membabitkan eksploitasi kanak-kanak oleh ibu bapa dipercayai disebabkan pendapatan lumayan yang diperoleh iaitu mencecah RM12,000 sebulan.

Angka pendapatan itu dilihat akan terus meningkat dengan pelaksanaan program Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 yang dijangka bakal menarik seramai 18 juta pelancong dan pengunjung di negeri ini.

Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 45 kes eksplotasi kanak-kanak direkodkan melibatkan pelbagai aktiviti penjajaan termasuk menjual tisu, buah-buahan dan membuat dalih persembahan.

Ujarnya, hasil siasatan kes, golongan ibu bapa itu dipercayai mampu meraih pendapatan lebih RM12,000 sebulan dengan menempatkan anak-anak mereka di kawasan tumpuan pelancong di sekitar negeri ini.

“Sebanyak 30 daripada kes direkodkan adalah kes berulang dan 15 kes baharu. Anak-anak ini akan menjual tisu, buah-buahan dan bernyanyi di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai.

“Memang aktiviti ini mendatangkan pendapatan lumayan sekitar RM300 sehingga RM600 sehari,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Op Tindakan Mengambil Orang Papa dak Kanak-Kanak Berjadual di Banda Hilir, tengah malam tadi.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pihaknya sedang mengesan sekiranya wujud dalang atau pihak ketiga yang mencetuskan sindiket eksploitasi kanak-kanak dengan berkomplot bersama golongan ibu bapa.

“Setakat ini kita hanya membuat jangkaan yang belum dapat disahkan sama ada wujud penglibatan dalang atau sindiket dalam aktiviti sebegini.

“Kita akan siasat lagi untuk memastikan trend ini tidak merosakkan usaha kerajaan negeri yang sedang mempromosikan TMM 2024,” katanya.

Terdahulu, dalam operasi itu lapan individu diselamatkan oleh JKM negeri termasuk dua kanak-kanak yang meraih sumbangan dengan dalih menyanyi di hadapan sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir dekat sini.

Tindakan telah diambil mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI