fbpx

Pencakar langit tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARI kiri: Menara Shanghai di China, Menara Jam Abraj Al-Bait (Arab Saudi) dan Burj Khalifa (UAE).

MONUMEN pencakar langit merupakan simbol kemakmuran ekonomi, kehebatan teknologi dan seni bina kepada sesebuah negara.

Kewujudannya menjadi daya penarik untuk menyakinkan pelabur serta tenaga kerja mahir untuk datang ke bandar terlibat.

Di sudut nasional pula, pencakar langit berfungsi sebagai identiti dan lambang kebanggaan masyarakat sesebuah negara.

Ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan sektor pelancongan domestik dan antarabangsa.

Oleh itu, pada minggu ini, Panorama menyenaraikan lima bangunan paling tinggi di dunia.

Burj Khalifa (828 meter)

Struktur ikonik di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia sejak 2010. Reka bentuknya yang anggun dan futuristik menempatkan kediaman mewah, pejabat, restoran dan dek pemerhatian di tingkat 148. Menara yang memerlukan masa enam tahun pembinaan itu memiliki reka bentuk diinspirasikan daripada bunga Hymenocallis.

MERDEKA 118 terletak di ibu negara dengan ketinggian 679 meter.

Merdeka 118 (679 meter)

Seni bina terbaharu di Kuala Lumpur, Malaysia itu merupakan bangunan tertinggi di Asia Tenggara. Menara Merdeka 118 juga memiliki dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara dengan paras ketinggian 500 meter.
Bangunan tersebut menempatkan pejabat, hotel mewah berstatus enam bintang, lobi udara, dek pemerhatian dan pusat beli-belah.

Menara Shanghai (632 meter)

​Menara di Shanghai, China yang memiliki keseluruhan 128 tingkat itu memiliki keunikan pada seni binanya.
Reka bentuknya melengkung dan berpintal membolehkannya bertahan apabila dilanda angin taufan yang sering berlaku di bandar tersebut. Pembinaan Menara Shanghai mengambil masa kira-kira 7 tahun untuk disiapkan dan dibuka kepada umum pada Februari 2015.

Menara Jam Abraj Al-Bait (601meter)

Menara jam di Mekah, Arab Saudi ini membawa simbol kepentingan Mekah sebagai kota paling suci dalam dunia Islam.
Ia adalah sebahagian daripada kompleks Abraj Al Bait yang merangkumi beberapa menara lain dan berfungsi sebagai pintu masuk ke Masjidil Haram.

Pusat Kewangan Ping An (599 meter)

Bangunan di Shenzhen, China itu dinamakan sempena Syarikat Insurans Ping An yang merupakan syarikat pelaburan terbesar di dunia.
Kebanyakan tingkat digunakan sebagai ibu pejabat bagi syarikat Ping An Insurance bersama anak syarikat mereka.
Sementara 20 tingkat lagi menempatkan hotel dan balai cerap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI