fbpx

‘Penat kerja, mahu jadi suri rumah sepenuh masa!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CELOTEH Zarina Anjoulie dan buah hatinya mengenai hasratnya untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa mengundang perhatian netizen.

PETALING JAYA – Pelakon Zarina Anjoulie seakan memberi bayangan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey apabila memaklumkan enggan bekerja lagi sebaik bergelar isteri.

Kata pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu, dia sudah penat mengerah keringat mencari rezeki dan hanya mahu menjaga makan minum suami tanpa memikirkan soal lain.

“Okay papa (Khazrul), saya dah buat keputusan. Saya nekad untuk tidak bekerja lagi, saya hanya mahu jadi suri rumah sepenuh masa.

“Saya dah penat, saya mahu pencen, malas mahu kerja, biar awak sahaja yang tanggung saya.

“Jadi kerja saya lepas ni hanya jaga dan masak untuk awak, saya mahu rileks daripada terus bekerja, kasi hati awak senang, abadikan diri saya untuk awak” ujarnya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram.

Tumpang gembira dengan celoteh mesra Zarina dan Khazrul, ramai netizen meneka Zarina atau mesra disapa Anju itu sudah berkahwin, namun perkara itu ditepis sekelompok peminat lain.

Pasangan terbabit dikatakan belum menghalalkan hubungan mereka tetapi dilihat sudah bersedia ke arah itu sehingga ramai mendoakan segera ke jinjang pelamin.

“Bahagia tengok Anju tersenyum, nampak ikhlas sangat hubungan mereka berdua, cepat kahwin! Benda baik jangan lengahkan,” komen seorang netizen.

“Comel lah kalian berdua ni, ke sebenarnya dah kahwin? Nampak bahagia lain macam seperti orang dah kahwin, moga ada sinar buat kalian berdua,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

Terdahulu, Anju dan Khazrul melangsungkan pertunangan pada 26 Januari tahun lalu, namun hubungan mereka berakhir sebulan kemudian.

Retak di tengah jalan, Khazrul pernah mendedahkan dirinya bukan lelaki terbaik buat Anju dan mereka juga saling berbalas kenyataan dalam media sosial tentang masalah yang berlaku sebelum ini

Tiada angin tiada ribut, mereka berdua kemudian dikatakan kembali berbaik dan kelihatan mesra malah mengakui saling merindu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI