fbpx

Pemuda hampir dinodai ketika beri khidmat urut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZAL memilih menjadi tukang urut sensual untuk mencari pendapatan sampingan demi menampung kehidupan di ibu kota. – Gambar hiasan

KETIKA pertama kali berpindah ke Kuala Lumpur, pemuda itu tidak pernah menjangkakan bahawa dia bakal berdepan pelbagai cabaran dan rintangan hidup di ibu kota.

Pada awalnya, dia berpindah kerana mendapat peluang pekerjaan di sektor swasta, namun nasib tidak menyebelahinya kerana selepas setahun syarikat itu muflis.

Menurut jejaka berasal dari Kuching, Sarawak, Rizal (bukan nama sebenar), dia memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur selepas kehilangan kerja kerana tidak mahu ibu bapanya di kampung risau.

“Saya tidak pernah memberitahu ibu bapa saya bahawa syarikat sudah tidak beroperasi. Saya beritahu keadaan baik-baik sahaja kepada ibu bapa di kampung.

“Pada hakikatnya, saya sudah tiada kerja, malah tidak diberi pampasan dan tinggal atas ihsan kawan-kawan yang memberi tumpang tempat berteduh,” katanya ketika dihubungi Panorama baru-baru ini.

Tambah graduan ijazah sarjana muda kejuruteraan itu, selepas beberapa bulan menganggur, dia memutuskan untuk bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka.

Mengakui pendapatan tidak semewah dulu, Rizal sering memikirkan cara untuk membuat pendapatan sampingan.

Situasi tersebut menjurus kepada satu pilihan hidup yang amat dikesalinya sehingga kini.

Kekesalan itu berlaku selepas dia terjebak dengan hasutan kawan yang mencadangkannya supaya menawarkan khidmat urutan sensual.

RIZAL hampir ‘dirogol’ ketika memberi khidmat urutan kepada pelanggan.

“Mulanya saya tidak mahu melakukan perkara itu, namun keadaan sangat terdesak ketika itu kerana tuntutan kewangan di kampung.

“Melihat kawan hidup mewah dengan kerja itu, saya bermula sekadar mencuba. Kemudian, ia menjadi kerja sampingan yang membuahkan hasil lumayan,” ujarnya.

Katanya lagi, menjadi tukang urut sensual bukanlah seperti pelacur lelaki, sebaliknya sekadar memberikan urutan yang memuaskan nafsu pelanggan sejenis sahaja.

Pada peringkat awal, Rizal memberitahu, aktiviti itu tidak lebih daripada sekadar memberi urutan.

Rizal juga dengan jelas memberitahu pelanggan bahawa dia tidak melakukan sebarang hubungan seks sejenis.

Sepanjang melakukan aktiviti tersebut, Rizal tidak pernah berdepan dengan masalah dan pelanggan juga akur dengan syarat ditetapkannya.

Katanya, pernah sekali pelanggan mahu khidmat lebih daripada urutan, bagaimanapun Rizal menolaknya dengan cara baik.

Namun, satu insiden berlaku yang membuatkan Rizal akhirnya berhenti daripada melakukan aktiviti itu.

“Saya hampir ‘dirogol’ oleh pelanggan ketika membuat urutan. Dia cuba melakukan perkara tidak senonoh kepada saya.

“Nasib baik ketika itu saya membuat urutan di rumah.

“Apabila ada kawan mendengar kekecohan di bilik, dia terus datang untuk membantu,” kongsinya.

Jelas Rizal lagi, semasa kejadian itu, dia berasa sangat takut kerana selama ini tidak pernah ada pelanggan yang begitu agresif.

Malah, pelanggan tersebut juga sudah beberapa kali menggunakan perkhidmatannya sebelum ini.

Apabila teringat perkara yang berlaku, dia trauma untuk melakukan kerja-kerja seperti itu lagi.

Selepas kejadian itu, Rizal hanya meneruskan hidup dengan bekerja sebagai juruwang.

Pada masa sama, dia mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan ijazah dimiliki.

Kini, Rizal telah kembali mendapat kerja yang setara dengan kelayakan dan kenangan silam itu akan sentiasa diingatinya sebagai pengajaran serta teladan buat dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI