fbpx

Pelajar tahfiz temui bayi perempuan bertali pusat di dalam kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LARUT – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan uri ditemui di dalam kotak di sebuah Pusat Pengajian Islam As Salam Rantau Panjang di Selama pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, bayi itu telah ditemui kira-kira pukul 5.30 pagi di hadapan pintu pagar pusat pengajian tersebut oleh jemaah tahfiz yang mahu menunaikan solat subuh.

“Setelah diperiksa, mereka mendapati di dalam kotak itu ada seorang bayi perempuan yang masih hidup dan masih mempunyai tali pusat beserta uri.

“Pihak polis percaya bayi itu ditinggalkan di kawasan itu dalam tempoh tiga jam dan bayi seberat dua kilogram itu telah dibawa ke Hospital Selama dan kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut” katanya hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI