fbpx

Kurang lantang, saya dah tua – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI kurang bersuara di media sosial, Naim Daniel masih mengikuti perkembangan isu semasa dalam dan luar negara. FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang sebelum ini terkenal dengan lantang bersuara dalam media sosial mengakui kesibukan dan faktor usia membuatkan dia semakin kurang mengupas isu semasa.

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, ketika ditemui Kosmo! Online berkata, meski sibuk dengan komitmen kerja, dia masih mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku dalam mahupun luar negara.

“Dah tua dan jadual kerja yang padat tapi saya masih ada dalam media sosial.

“Cuma saya lebih fokuskan kerjaya dan mengutamakan apa yang perlu didahulukan. Kesibukan menyebabkan saya tiada masa mengupas isu semasa seperti sebelum ini,” ujarnya.

Naim yang ditemui ketika sidang media Pesta Muzik Kuantan Bersama Ungu dan Artis Tanah Air di sini, kelmarin turut memberitahu, jadual kerjanya padat sepanjang 2024.

“Tahun ini (2024) saya anggap sebagai fasa yang terlalu sibuk kerana boleh dikatakan jadual kerja saya telah pun diisi dari awal hingga ke akhir. Alhamdulillah,” katanya.

Pun begitu, pelantun lagu Purnama itu menzahirkan rasa bimbang dengan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19 dan berharap kesihatannya sentiasa terjaga.

“Harap-harap saya sihat selalu. Risau juga memandangkan kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Saya pun baru sahaja baik daripada demam.

“Tapi alhamdulillah, saya tidak apa-apa,” katanya.

Terdahulu, Naim pernah dikritik ramai apabila lantar melontarkan pendapatnya dalam media sosial mengenai apa sahaja isu yang melanda negara.

Walaupun dikritik, Naim tidak berhasrat untuk berhenti daripada memberikan pandangan kerana baginya itu satu tanggungjawab menegur perkara yang dianggap tidak betul.

Dalam pada itu, Naim berkata, dia tidak menghalang sebarang kritikan dan sentiasa meraikan perbincangan media sosial dalam kalangan pengikutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI