LARUT – Seorang remaja lelaki dan perempuan telah ditahan hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes buang seorang bayi perempuan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah berkata, kedua-dua suspek merupakan pelajar sekolah dan remaja perempuan berusia 14 tahun ini masih dirawat di sebuah hospital.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan jemaah tahfiz telah menemukan seorang bayi perempuan di hadapan pagar Pusat Pengajian Islam Nur As-Salam, Kampung Bukit Sungai Nor, Rantau Panjang, Selama. pagi semalam ketika mahu menunaikan solat subuh.-KOSMO! ONLINE