fbpx

Jalan Senai-Seelong digenangi air sedalam 2 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja mengawal kenderaan yang melalui Jalan Senai - Ulu Tebrau, Johor Bahru yang dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Hujan lebat yang melanda bandar raya ini sejak awal pagi, hari ini menyebabkan jalan yang menghubungkan Senai – Seelong berhampiran Sekolah Al-Hidayah terputus hubungan.

Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati, air mula naik kira-kira pukul 7 pagi, namun masih boleh dilalui oleh kenderaan berat dan pacuan empat roda.

Hujan yang masih berlaku mengakibatkan paras air semakin tinggi sehingga mencecah 2 meter dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Beberapa petugas kontraktor jalan meletakkan kon penghadang bagi menghalang semua kenderaan melalui jalan tersebut.

Sementara itu, merujuk kepada statistik Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati sehingga pukul 10 pagi hari ini, seramai 456 mangsa daripada 125 keluarga masih berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

10 PPS dibuka melibatkan tujuh buah di daerah Kota Tinggi dan masing-masing saru di Segamat, Kluang dan Mersing.

Angka itu menunjukkan penurunan mendadak berbanding dengan angka mangsa yang terjejas petang semalam iaitu 1,149 mangsa daripada 297 keluarga ditempatkan di 11 buah PPS.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan lebat berterusan di beberapa daerah termasuk Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Penduduk di kawasan ini diminta berjaga-jaga dan segera berpindah sekiranya paras air melimpahi kawasan kediaman masing-masing,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI