fbpx

Hujan berterusan tahap bahaya di Rompin sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meterorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya diramal berlaku melibatkan daerah Rompin, Pahang sehingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada bagi beberapa kawasan di Pahang dan Johor.

“Hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku di Pahang (Pekan) dan Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Dalam pada itu, hujan lebat turut diramalkan berlaku di Pahang membabitkan kawasan lain iaitu Maran, Kuantan dan Bera. Di Johor pula, ia diramal berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan diramal berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Bagi amaran hujan berterusan tahap buruk pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan diramal berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

“Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI