fbpx

Harimau Zoo Melaka kurus, pengunjung kecewa bayar tiket RM400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar klip video Harimau Putih Bengal di Zoo Melaka yang didakwa terlalu kurus.

MELAKA – Pengunjung Zoo Melaka meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa seekor Harimau Putih Bengal dilihat terlalu kurus, malah satu klip video memaparkan keadaan haiwan itu turut tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Klip video berdurasi 0.22 saat itu dikongsikan di platform TikTok oleh pengguna dengan nama Nurul Z yang meminta agar haiwan itu dipulangkan ke habitat asal.

Hantaran itu menerima lebih 500 komen dengan rata-rata mengecam tahap penjagaan terhadap haiwan tersebut dan meminta pihak pengurusan lain termasuk Zoo Negara mengambil tindakan sepatutnya.

Salah seorang pengguna yang meninggalkan komen memberitahu, dia turut membawa keluarganya ke zoo berkenaan dan telah membelanjakan kira-kira RM400 bagi pembelian tiket, namun pulang dengan perasaan sedih apabila melihat keadaan haiwan itu.

“Makin teruk dah dia, saya habis RM400 lebih bawa family masuk tapi malangnya sangat menyedihkan hati anak-anak bila tengok keadaan binatang-binatang kat situ kesepian,” tulisnya.

“Zoo Melaka binatang nya memang nampak tak cukup zat, tiket kemain mahal,”tulis pengguna D.Lin Aamina.

“Aku harap korang panjangkan isu ni terus kepada Zoo Negara, sebab mereka berhak dapatkan haiwan-haiwan terbiar dari mana-mana zoo negeri,” kata None_of_me_1001.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI